berita

‘Farid Seorang Bapa Kasihkan Anak-Anak, Kuat Berpegang Pada Tali Allah SWT’ – Ellie Suriaty

April 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle panas di media sosial apabila saling membalas kenyataan mengenai isu penceraian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Menangis Rasa Terhina, Perjelas Isu Aurora Trauma Sebab ‘Petik Cili’ – ‘Saya Tak Pernah Kasari Isteri & Anak-Anak’

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dedah Farid Mengamuk Sampai Kena Hubungi Polis

Sangat kasihkan anak-anak

Susulan pergolakan rumah tangga, pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty, menyifatkan Farid seorang suami yang baik terhadap Diana.

Kata Ellie, 53, Farid sangat menyayangi kedua orang permata hatinya iaitu Muhammad dan Nur Aurora dengan sepenuh jiwa.

Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat kasihkan anak-anaknya, Che Mat dan Aurora.

Dalam pada itu, pemilik nama Ellie Suriaty Omar berkata pelakon filem Anwar: The Untold Story juga insan yang sangat kuat pegangan agama.

Farid kuat berpegang pada tali Allah SWT. Pasti ada hikmah Allah untuk Farid. Semoga Allah permudahkan segala urusan Farid di dunia dan akhirat sehingga ke Syurgawi Jannah Allah.

Komen tak setuju

Bagaimanapun, komen tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju selepas membaca dakwaan Diana yang mengatakan Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan.

Selain itu, Diana, 32, mendakwa Farid sering bertindak baran terhadap hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya dengan teruk selepas memetik cili di rumah jiran.

Hasil pemerhatian OhBulan!, komen yang ditulis Ellie di hantaran Farid telah dipadam selang beberapa jam dikongsikan.

Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Diana selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan yang mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora, lapan tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×