Susulan pendedahan aktor Farid Kamil mengenai insiden ‘petik cili’, pelakon Diana Danielle tampil bersuara di Instagram Stories, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kecewa, Diana Danielle Tak Terima Bunga & Cincin
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Menangis Rasa Terhina, Perjelas Isu Aurora Trauma Sebab ‘Petik Cili’ – ‘Saya Tak Pernah Kasari Isteri & Anak-Anak’
Minta cerai dua hari sebelum
Menurut Diana, dakwaan dia memfailkan penceraian disebabkan kejadian itu tidak benar sama sekali. Kata Diana, 32, permohonan penceraian sudah dilakukan dua hari sebelum perkara itu terjadi.
Malah dakwanya lagi, Farid sudah mengetahui dan tidak menghalang dirinya untuk meneruskan membuat permohonan itu.
Siapa kata insiden petik cili sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.
Dia tahu, bukan tak tahu. Saya ada beritahu dia saya failkan penceraian. Dia kata pergilah malah suruh saya cepatkan. Sekarang apa? Buat-buat keliru.
Tambah pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, anak perempuannya, Nur Aurora sudah cukup besar untuk meluahkan perasaan yang dirasai.
Terpaksa panjat untuk keluar rumah
Selain itu, pelakon filem Imaginur mendedahkan dia terpaksa menghubungi pihak polis pada hari kejadian selepas Farid mengamuk besar. Dakwa Diana, Farid enggan membuka pintu meskipun sudah diketuk selama berjam-jam oleh anggota polis di hadapan rumah mereka.
Dia boleh buat perkara ini nampak kecil tapi apa yang saya nampak, amukan pada hari itu bukannya kecil. Kalau ia kecil kenapa waktu saya telefon polis untuk ambil kami di rumah itu, polis ketuk pintu dia tak buka?
Mereka (polis) ketuk berjam dan menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan tapi sebaliknya kami panjat sebab dia enggan buka pintu, kenapa?
Tak akan minta apa-apa lagi
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memberi bayangan dia sudah ‘tawar hati’ untuk menyelamatkan mahligai yang sudah dibina selama 11 tahun.
Sebelum ini, Farid mendakwa tindakannya mendenda Aurora yang masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran dan memetik cili telah membuatkan Diana tidak berpuas hati.
Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Diana selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pasangan yang mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora, lapan tahun.
Sumber: Instagram