
Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis berang terhadap segelintir warganet yang mendakwa dia kurang berkongsi momen bersama anak sulungnya, Aleesya Sofea.
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’
Artikel berkaitan: ‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap Batu’ – Isteri Caprice
Kasih sayang ibu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Farra Inalis atau mesra disapa Elis berkata, dirinya amat merindukan Aleesya berikutan puterinya itu tidak dapat menyertai percutian mereka sekeluarga.
Lebih pilu, apabila hubungan Aleesya dan anak bongsunya, Airiel sangat akrab dan sering meluangkan masa bersama.
Aku sendiri pun sebak tak boleh nak taip apa-apa dekat sini ketika muat naik gambar ini. Ibu mana tak rindu anak bila pergi tempat bercuti macam ini.
Ibu mana yang tak rindukan anak bila pergi tempat bercuti macam ini.
Lagi-lagi Airiel ini rapat dengan kakak dia, setiap masa dalam hari ini bestnya kalau kakak ada.
Setiap penjuru terbayang dia orang dapat main sama-sama. Tahan rindu kadang-kadang berjurai juga air mata. Suami akulah jadi saksi.
Tak perlu kongsi

Dalam masa yang sama, Elis menegaskan bahawa tiada keperluan untuk dirinya menjelaskan tentang perkara tersebut di media sosial.
Sebagai seorang ibu, Elis menyayangi setiap anak-anaknya dengan sepenuh jiwa dan raga, tanpa memilih kasih atau membezakan antara mereka.
Apa aku lalui tak perlu nak cerita dekat media sosial. Anak aku kandung, aku melahirkan. Kasih sayang tiada ganti, tiada istilah dilupakan atau pilih kasih.
Kalau perlu gadai nyawa sendiri untuk selamatkan mereka sedetik pun aku tak fikir. Mereka keutamaan aku, jangan sentuh bab anak.
Apa yang aku kongsi itu saja yang kau layak tengok tentang hidup aku.
Sekadar info, Elis mendirikan rumah tangga bersama Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli pada November 2022 dan dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Airiel Qashaf.
Sebelum itu, Elis pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Aleesya.
Sumber: IG Fara Inalis







