Pelakon Fasha Sanda meluahkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan pelakon senior Erra Fazira yang disifatkan sebagai idola baginya menerusi sebuah drama yang bakal ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Saya Sihat’ – Fasha Sandha Tepis Dakwaan Netizen Kurus Sebab Sakit
Artikel Berkaitan: Aksi Mesra Fasha Sandha & Nora Danish Curi Tumpuan, Jejai Puji ‘Steady’ Dekat Bekas Isteri
‘Jantung berdebar’
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha berkata jantungnya berdebar ketika menuju ke lokasi penggambaran untuk berjumpa dengan Erra.
Jelas Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, dia merupakan peminat dramatis popular itu sejak di bangku sekolah lagi.
Tuhan je yang tahu , jantung berdebar sejak 6 pagi tadi (Rabu). Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi pengambaran masih berdebar-debar.
Hari ini dalam sejarah. Nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira dalam drama Rampas Cintaku 2.
Satu family aku tahu sejak di bangku sekolah, memang nama kak Erra yang aku jerit, lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni.
‘Primadona’
Dalam pada itu, Fasha berkata meskipun pernah melakukan beberapa sesi fotografi bersama Erra, namun perasaan bergandingan dalam sebuah drama ternyata berbeza.
Malah, Fasha menyifatkan peluang kali ini sebagai satu rezeki selepas 20 tahun dirinya bergelar anak seni.
Pernah beberapa kali digandingkan untuk fotografi bersama sebelum ni. Tapi tak pernah dapat peluang bekerjasama.
Benarlah rezeki tak pernah salah alamat, lepas 20 tahun berada dalam industri, dijodohkan bersama ratuku didalam satu drama.
Sementara itu, Fasha turut memuji peribadi Erra yang sentiasa senyum dalam pada jua keadaan.
Beliau yang masih disegani, masih disayangi ramai, the one and only primadona Erra Fazira. Beliau yang kita semua tahu, Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun, Primadona yang tidak pernah kenal erti penat.
Primadona yang masih kekal menjadi Ratu Cantik sehingga hari ini.
MasyaAllah, aura! Takkan pernah hilang.
Sumber: Instagram