Sebagai ibu, pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat hubungan persahabatan yang terjalin di antara anak-anak jiran dengan anaknya. Ujar Fasha, anak-anaknya sangat bertuah kerana memiliki rakan-rakan yang sangat baik dan sentiasa bertanya khabar sewaktu mereka menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Kuarantin selama 10 hari di rumah
Menurut Fasha, anak-anaknya terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari selepas salah seorang pelajar di sekolah didapati positif Covid-19. Meskipun anak-anaknya disahkan negatif, Fasha mengambil langkah berjaga-jaga agar virus tersebut tidak menjangkiti mana-mana individu lain.
Selepas 10 hari kuarantin. Baru boleh nampak kawan sebenar. Menangis aku tengok scene ni. Sumpah! Haih, bila bad times baru kita tahu, siapalah kawan yang betul-betul kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat itulah yang tak peduli dan takut dengan kita. Tanya khabar pun tak.
Jelas Fasha, dia tersentuh sebaik sahaja melihat budak-budak tersebut berlari dan memeluk erat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma. Tambah Fasha, dari situ anaknya boleh menilai sama ada rakan tersebut baik ataupun tidak. Fasha turut meluahkan rasa terima kasih kepada empat orang rakan anaknya iaitu Darling, Chanela, Elsa Erisa, dan Nurin kerana sering datang ke rumah dan bertanya khabar.
Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak. Tersentuh hati ibu. Alhamdulillah anak-anak saya sihat, negatif dan habis kuarantin. Syukur Alhamdulillah.
Kasih sayang sejati
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Fauziah Nawi dan Yasmin Hani turut meluahkan rasa yang sama sebaik sahaja melihat video yang dikongsikan oleh Fasha Sandha itu. Menurut Fauziah Nawi, kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak kecil itu merupakan kasih sayang yang sejati sampai ke mati.
Sumber: Fasha Sandha