berita

Fasha Sandha Terharu Ramai Hadir Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Nad Zainal

November 29th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, pelakon, Fasha Sandha telah mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat untuk Nad Zainal. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

Semua untuk Nad Zainal

Ramai yang menyayangi dan menantimu. Cepat sembuh! Kesayanganku, jangan lupa selitkan doa buat sahabat kami Farah Nadia Zainal agar cepat sembuh. Please.

Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal. Menurut Fasha, dia tidak sangka ramai yang hadir dan mendoakan agar Nad cepat sembuh. Selain Fasha, pengarah, Shahrulezad turut meluahkan rasa terharu sebaik sahaja melihat ramai orang datang ke majlis tersebut.

Alhamdullilah. Terima kasih @fashasandha yang bersungguh sungguh bersama keluarga @radiusone_official mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk rakan kami @nad.zainal . Semoga Allah perkenankan doa kita semua supaya Nanad kembali sembuh seperti biasa. AminInsyAllah.

Fasha selesaikan semua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Tambah Shahrulezad, segala perancangan telah dilakukan oleh Fasha sendiri dari awal sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih @fashasandha yang bersusah payah mengatur semua ni. Dia call abang malam sebelumnya. Dia yang beria ia buat semua ni dari cari masjid sampaikan ke urusan makan minum. Semua ni dilakukan atas sebab ramai yang sayangkan Nanad.

Sumber: Fasha Sandha & Shahrulezad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×