berita

Fasha Sandha Terkilan Dituduh Kurus Sebab Potong Usus, Minta Tampilkan Bukti – ‘Research Dulu Sebelum Buat Andaian’

June 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Fasha Sandha akui terkilan apabila dituduh melakukan pembedahan memotong usus (bariatik) oleh seorang wanita yang dipercayai jururawat sebuah hospital baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Jadi ‘Rosalinda’ Malaysia

Artikel Berkaitan: ‘Gemuk Dia Sayang, Kurus Pun Dia Sayang’ – Fasha Sandha

Potong usus

Menafikan dakwaan tersebut, Fasha berkata dirinya tiada keperluan untuk melakukan pembedahan itu memandangkan dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan yang kronik.

Jelasnya lagi, dia juga tidak akan menghukum atau menilai sesiapa sahaja yang ingin melakukan pembedahan tersebut memandangkan ibunya juga salah seorang yang berbuat demikian di atas faktor kesihatan.

Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat andaian dan tuduhan.

Bariatik atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya, BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 ke atas (kategori obesiti) dan juga sekiranya sekiranya seseorang itu berpenyakit. Seperti darah tinggi, gastric atau sakit-sakit lain.

Saya tidak akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatik kerana ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu saya sendiri pada Feb 2020 kerana obes dan darah tinggi serta sakit lutut kronik.

Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana Mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut . Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih enam bulan.

Fasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, pemilik nama lengakp Nur Fasha Sandha Hassan turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan oleh wanita tersebut.

Justeru, aktres berusia 39 tahun itu, meminta wanita tersebut untuk tampil memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. Jururawat HU*M mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya tiga tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.

Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan.

Permohonan maaf

Sementara itu, selang beberapa jam kemudian, Fasha menerusi satu lagi hantaran di entri sama memaklumkan wanita berkenaan sudah pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Menurut wanita itu, dia akui kesilapan yang dilakukan dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×