Buat julung kalinya, Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 membuat penampilan sulung di Pavilion Damansara Heights sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama fesyen modest di seluruh negara Asia Tenggara atau ASEAN.

Artikel Berkaitan: Jom #TeruskanLangkahBaikmu Bersama Wardah Di Sunway Pyramid, Ada Banyak Aktiviti Menarik!

Rai kreativiti

Berlangsung selama tiga hari, acara itu menghimpunkan pereka fesyen tempatan, penggiat industri, selebriti serta para pencinta fesyen dalam satu pentas meraikan kreativiti, budaya dan keanggunan moden.

Menurut Pengarah Negara ParagonCorp MY, Zaireen Ibrahim, jenama kecantikan popular Wardah yang menjadi rakan rasmi solekan acara itu dan dutanya, Mira Filzah membawa mesej pemerkasaan, inovasi dan penghargaan terhadap kreativiti tempatan.

Showcase Colorfit selari dengan pentas peragaan yang mengetengahkan keyakinan serta sifat inklusif.

Sementara itu, penasihat Gaya Hidup FMA, Andrew Tan berkata sambutan penonton membuktikan bahawa fesyen modest kini bergerak melangkaui trend dan menjadi satu gerakan budaya yang semakin berpengaruh di Malaysia dan ASEAN.

Pada acara pembukaan, Min Luna x Sekian hadir dengan penampilan modest yang menonjolkan kurasi gaya hidup serta keperluan moden.

Menjelang hari kedua, pereka serantau seperti Na Forrer (Brunei) memukau dengan sentuhan kontemporari pada kraf tradisional.

Rekaan modest

Sementara itu, Khaar (Vietnam) memperkenalkan siluet berasaskan kelestarian, Chris Nick (Filipina) membawa tenaga moden dan berani dari Manila manakala Benang Jarum (Indonesia) mempersembahkan rekaan modest yang anggun dan abadi.

Kemudian pada hari terakhir, acara diteruskan dengan gaya Malaysia dan kemahiran ikonik melalui koleksi menonjol daripada Fuzana Mokhtaza, Variante, Syomsz by Syomirizwa Gupta, N. Khan, Sharifah Kirana, serta legenda bespoke, Radzuan Radziwill.

Acara kemudiannya ditutup dengan pertunjukan terakhir yang memukau oleh Hatta Dolmat, mengakhiri edisi sulung ini dengan penuh inspirasi.

Pertunjukan ini juga menampilkan sembilan pereka tersohor Malaysia seperti TACT, Ezzati Amira, Hasz Hisham, Shaz Nash, Afiq M, Bev C, SVG, Huntilanak dan Behati yang mempersembahkan koleksi berteraskan identiti budaya dan kemahiran kontemporari.

Majalah WM dan Majalah Nona turut menyerlahkan para pereka melalui olahan gaya oleh Abu, Sara J., Asyraf Arrif serta SHALS KL dan TheZulvannyProject x Inna.