
Pelakon, Fathia Latiff mendedahkan berada di titik terendah dalam hidup selepas melakukan perubahan pada penampilannya terutamanya pada bahagian wajah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatiya Latiff Nafi ‘Buat’ Muka, Hanya Lakukan Rawatan ‘Eye Bag’ & Licinkan Kulit Wajah – ‘Mungkin Kerana Faktor Usia’
Dapat rasa perubahan
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia sudah tidak mengenali diri sendiri apabila melihat perubahan pada wajahnya.
Jelasnya, perubahannya itu membuatkan dia tidak yakin untuk berdandan ketika keluar berjumpa orang ramai.
Saya dapat melihat perubahan pada wajah saya dan sejujurnya saya kelihatan semakin teruk sekarang.
Saya sudah tidak berpakaian kemas dan menarik. Kadangkala, saya rasa orang tidak mengenali saya apabil berada di luar.
Sukar rasanya apabila tidak lagi berasa seperti diri sendiri.
Terluka..
Sementara itu, pelakon drama Menanti Februari itu juga mengakui melakukan prosedur kosmetik seperti penyuntikan bahan pengisi (filler) di wajahnya.
Saya terluka dari dalam. Orang sekeliling terus-menerus menghakimi dan memperlekehkan saya kerana penampilan saya.
Saya hanya buat rawatan kecil sekadar filler tetapi daripada berasa lebih baik, saya kini rasa semakin sedih.