
Pelakon, Fathia Latiff menzahirkan rasa syukur atas apa yang dimilikinya serta tidak lagi berhasrat untuk melakukan sebarang perubahan pada wajahnya.
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Majlis Ilmu Sebab Nak Dengar & Tengok Suasana Baru’ – Fathia Latiff
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Enggan Fikir Soal Kahwin Pada Usia 40 – ‘Melainkan Masih Cantik, Ada Harapan’
Bersyukur dengan apa yang ada

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berpandangan bahawa Fathia wajar melakukan prosedur seperti pemindahan lemak muka (fat grafting) atau pembentukan semula wajah (contouring) bagi meningkatkan keyakinan dirinya.
Fathia kalau pergi Korea buat fat grafting dan contour muka dia semula, rasanya dah tak berdosa.
Bukan ubah apa-apa, hanya untuk keyakinan diri dia.
Kumpul duit, atau pun pinjam duit mak ayah.
Labur sedikit duit untuk anak.
Hantaran tersebut menarik perhatian Fatiya, 38, yang menegaskan bahawa dia tidak mempedulikan pandangan atau kata-kata orang lain terhadap dirinya.
Saya dah bersyukur dengan apa yang ada.
Saya tak nak buat apa-apa dah dekat muka sendiri.
Biarlah orang nak kata apa-apa pun.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)