
Pelakon Fatin Afeefa berkongsi tentang realiti komitmen kewangan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa demi membesarkan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Bapa Fatin Afeefa Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Sayang Saya Seumur Hidup’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Kes Hadanah Selesai, Dapat Hak Jagaan Penuh Ivy – ‘Selepas Tiga Tahun …’
Perkongsian Fatin
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 31, berkongsi secara terperinci kos pendidikan anak-anaknya iaitu yuran sekolah, kelas tuisyen, kelas agama serta aktiviti pembelajaran tambahan.
Anak pertama yuran sekolah dia RM11,000 bayar untuk setahun terus. Tuisyen, RM888 pun bayar untuk setahun dapat diskaun.
Anak kedua, yuran sekolah RM670 sebulan, tuisyen RM350 sebulan, RM150 sebulan untuk kelas atas talian, kelas mengaji RM200 dan kelas tambahan UPKK RM90-RM150.
Tambah Fatin, jumlah tersebut tidak termasuk perbelanjaan lain seperti makanan, pakaian, rawatan perubatan serta wang belanja harian.
Itu pun tak masuk makan, pakai, medical, duit belanja lagi.
Itu pun ada si bangang ingat cukup RM16 sehari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi jumlah kos perbelanjaan mereka untuk anak-anak yang sedang bersekolah.
Dalam masa yang sama, warganet turut memahami tanggungan ibu bapa yang sangat tinggi terutama bagi mereka yang berdepan dengan masalah kewangan.
Sumber: Threads








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)