
Pelakon, Fatin Afeefa menarik perhatian selepas berkongsi pengalamannya mengkhatankan anak lelakinya, Muhammad Jibril ketika bayinya itu baru berusia dua hari.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan – ‘Tidak Lagi Bergantung Pada Ibu Saja’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’
Sunat
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, menyifatkan perkara itu sebagai keputusan terbaik yang pernah dibuatnya dalam urusan membesarkan anak.
My baby umur dua hari dah sunat, best decision ever! Senang sangat jaga.
Tiada pantang. Dia minum susu kemudian tidur.
Sekarang dah 2 tahun, tiada masalah dengan kencing kotor.
Fatin berkongsi perkara itu selepas seorang individu meluahkan rasa bimbang dan tidak sanggup untuk melihat bayinya yang masih kecil menjalani prosedur berkhatan.
Tambah pelakon filem Tentang Bulan itu lagi, proses penyembuhan anaknya juga berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang gangguan.
Untuk rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai pada Disember 2022.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Jibril.
Fatin juga mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Sumber: Threads








