berita

Fattah Amin & Ben Amir ‘Dipinang’ Jadi Duta Baju Melayu

December 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

duta baju melayu

Pelakon terkenal, Fattah Amin dan Ben Amir telah dilamar oleh Eastana Exclusive sebagai duta baju tradisonal Melayu menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Kena Ambil Tahu Dengan Siapa Isteri Berkawan’ – Fattah Amin Tak Kongkong Fazura

Artikel Berkaitan: ‘Ramai Hantar Mesej Nak Hantar Ayam Masak Merah’- Ben Amir

Harga tak mahal

duta baju melayu

Menurut Pengarah Eastana Exclusive, Datuk Siti Aminah Haji Ahmad, berkata dia mempertaruhkan wajah tampan dan pengaruh besar jejaka kelahiran program realiti, Hero Remaja untuk edisi kali ini.

Kata Aminah, Fattah dan Ben memberikan kerjasama yang baik dan diharapkan dapat memberi impak yang cukup positif kepada permintaan tinggi.

Bagi saya kedua-dua pihak ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dan ianya cukup mudah daripada pertemuan pertama lagi. Mereka suka akan kualiti dan koleksi yang ditampilkan, malah dengan merendah diri sanggup membantu kami membina jenama.

Apa yang boleh saya katakan, mereka tidak menekan harga dan ianya cukup berbaloi bagi kami yang baru pertama kali berkecimpung dalam industri ini.

Harap diterima di pasaran

Eastana Exclusive

Bercerita mengenai koleksi yang ditampilkan, Aminah menyatakan setiap pakaian menceritakan kisah kekayaan budaya, meneruskan warisan generasi terdahulu sambil merangkul irama kehidupan kontemporari.

Ia bukan sekadar pakaian, sebaliknya merupakan perayaan naratif yang terpahat dalam setiap lipatan dan reka bentuk.

Kami tidak hanya ingin menangkap asas tradisi tetapi kisah-kisah yang tersirat dalam pakaian ini. Malah pemilihan warna yang agak berani untuk koleksi baju Melayu ini juga melihatkan kepada trend popular baju Melayu yang ada sebelum ini.

Kami juga ketengahkan empat jenis baju klasik yang mendapat sentuhan moden agar ia sentiasa malar segar dan boleh dipakai dalam apa jua majlis.

Dalam pada itu, Aminah menyasarkan jualan 200,000 helai baju tradisonal Melayu dewasa yang menampilkan 40 pilihan warna. Katanya lagi, dia menetapkan RM10 juta untuk hasil jualan tahun depan selepas menilai risiko dan keadaan pasaran.

Ini merupakan kali pertama Eastana Exclusive akan berada di pasaran dan berharap agar kemunculan kami diterima ramai. Saya sudah berikan yang terbaik dengan menawarkan kualiti dan rekaan tanpa kompromi.

Malah sebelum bermula dengan rekaan, kami lakukan kaji selidik dalam pasaran agar dapat memenuhi kehendak pengguna. Insya-Allah kami optimis dengan mensasarkan jumlah jualan RM10 juta pada tahun pertama kerana masih menilai risiko dan keadaan pasaran.

Sekadar info, Eastana Exclusive memperkenalkan koleksi set baju Melayu tradisional dewasa dengan siri Royale, Crown Prince, Majesty dan Kurta. Tidak lupa juga siri Kurta, untuk yang kini merupakan antara digemari ramai.

Tambahan, Eastana Exclusive juga memperkenalkan Eastana Kids yang merupakan koleksi baju Melayu kanak-kanak untuk melengkapkan perayaan Raya Aidilfitri.

SKIP THIS AD ×