Pelakon kacak, Fattah Amin hari ini mengotakan janjinya untuk membawa puteri tercinta iaitu Nur Fatima Aisya ke Disneyland di Tokyo, Jepun.

Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Fatima, Nenek & Fazura Baik’ – Fattah Amin Mohon Netizen Henti Spekulasi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin

Tunai janji

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram miliknya, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi foto Fatima bersama dua sepupunya sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fattah juga memohon doa daripada semua pengikutnya agar perjalanan mereka sentiasa selamat.

Hi semua, Fatima, Numan dan Nailah dah nak naik flight ni.. doakan kami selamat pergi dan balik.

Dalam masa yang sama, Fatima juga turut teruja untuk ke destinasi impiannya itu bersama bapa yang dikasihi.

Saya nak pergi bercuti ke tempat yang paling saya nanti-nantikan, mencipta kenangan bersama ayah saya di Disneyland.

Bolehkah awak semua doakan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan saya? Saya tahu saya akan sangat seronok!

Imbas kembali, sekitar Jun lalu Fatima menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bercuti di Disneyland Tokyo.

Sekadar info, Fattah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: IG Fattah Amin, IG Fatima