Tindakan pelakon, Fattah Amin yang baru sahaja memuat naik beberapa foto di Instagram ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) ternyata mengundang tawa wargamaya.

Artikel Berkaitan: ABPBH37: Menang Artis Kontroversi Popular, Fattah Amin Hargai Usaha Peminat – ‘Saya Terkejut, Sejak Bila Wujud Kategori Ini’

Post selepas seminggu

Mana tidaknya, Fattah atau nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi momen malam anugerah berprestij itu selepas dua minggu acara tersebut melabuhkan tirai.

Antara foto yang dimuat naik termasuk momen manis Fattah memegang trofi Aktor Filem Popular, detik menjadi penyampai anugerah bersama isterinya, Amira Othman selain beberapa gambar kandid sepanjang majlis berlangsung.

Meninjau ke ruangan komen, Amira turut tidak ketinggalan mengusik suaminya dengan nada berseloroh mencadangkan agar foto-foto berkenaan dimuat naik pada tahun hadapan.

Upload tahun depan je la ayang (sayang), alang-alang.

Komen gurauan itu pantas mencuit hati ramai peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan selebriti berkenaan.

Terdahulu, pada malam anugerah tersebut, Fattah berjaya membawa pulang dua trofi iaitu Aktor Filem Popular dan Artis Kontroversi Popular.

Untuk rekod, ABPBH37 yang berlangsung pada 19 Disember lalu menyaksikan penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular selepas berjaya meraih 124,448,198 undian.

Sumber: Instagram