
Pelakon kacak, Fattah Amin memaklumkan bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri untuk melihat anaknya, Nur Fatima Aisya mempersembahkan tarian tradisi sempena Hari Kebudayaan Sekolah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta – ‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Dedikasi Mesej Buat Fatima, Akui Enggan Perceraian Terjadi – ‘Nanti Dah Besar, Fatima Akan Faham’
Tetap bangga

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memuat naik gambar Fatima dan memohon maaf kepada anak perempuannya itu.
Kata Fattah, dia berharap dapat melihat Fatima melakukan persembahan namun disebabkan tuntutan kerja dia kini berada di New Zealand untuk menjalani sesi penggambaran drama.
Daddy harap sangat boleh ada dengan kamu. Daddy minta maaf.
Daddy kena kerja tetapi ingat ni selalu, Daddy bangga sangat dengan kamu dan akan sentiasa bangga.
Fattah jadi perhatian

Sebelum ini, perkongsian bekas isterinya, Fazura meraih perhatian ramai apabila netizen mendapati tiada kelibat Fattah di acara sekolah anaknya.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum memilih untuk berpisah pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Fatima.
Sumber: Instagram








