
Pelakon, Fauzi Nawawi berkongsi pernah meraikan Hari Raya Aidilfitri selama tiga hari di hospital selepas pemergian abangnya pada tahun 2024.
Artikel Berkaitan: ‘Pelakon Baharu Dibayar Mahal Tapi Tak Komited’ – Fauzi Nawawi
Artikel Berkaitan: Fauzi Nawawi, Shaheizy Sam Bersatu Dalam Filem Pendek ‘Neon: Warna Kehidupan’
Beraya di hospital

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, 53, berkata, peristiwa tersebut menjadi antara kenangan paling sukar untuk dilupakan, lebih-lebih lagi setiap kali menjelang Syawal.
Menurut suami kepada Lisdawati itu, dia berasa terkilan kerana hasratnya untuk memberikan sesuatu kepada abangnya tidak kesampaian.
Selepas kematian abang, ada sedikit kejadian yang buatkan saya jatuh sakit.
Saya terlampau terkejut sebab ketika itu baru lepas bercakap dengan dia dan sudah buat perjanjian berkenaan perancangan Hari Raya.
Pagi itu arwah ada tanya saya bila nak balik berbuka tapi petang dapat tahu dia sakit dan malam meninggal dunia.
Ada benda yang saya nak beri pada arwah, tidak sempat mohon maaf sebab ada gurau kasar.
Fauzi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Set Visit Dapur Goodday: Inspektor Sani di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada petang Isnin.
Berkongsi tentang fasa bangkit daripada kesedihan, Fauzi berkata isterinya banyak membantu mengembalikan semula semangatnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Isteri saya bukan rusuk kiri, tetapi tulang belakang dan pembakar semangat.
Yang mengubah kehidupan saya hari ini pun salah satunya adalah sebab doa dan nasihat isteri.
Difahamkan, arwah yang merupakan anak keenam daripada 12 beradik itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Ramadan 2024, dipercayai akibat serangan jantung.
Dalam perkembangan lain, Fauzi juga muncul sebagai tetamu dalam program realiti Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani yang dijayakan oleh Zizan Razak.








