berita

Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak-Anak Ketika Kecil, Beri Bayangan Sedang Rindu? – ‘Sampai Menutup Mata’

February 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Fauziah Sarman

Perkongsian terbaharu di Instagram Story (IG Story) milik ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa foto anak-anaknya ketika usia kecil.

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak & Cucu, Netizen Doa Keluarga Kembali Bersatu – ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’

Artikel Berkaitan: ‘Sudah 2024, Tolonglah Sayang Pahala Korang, Hidup Kita Semua Dah Tak Lama Mana’- Syada Amzah

Rindu anak-anak?

Fauziah Sarman

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah memuat naik foto yang memperlihatkan empat orang anaknya iaitu Shila Amzah, Syafiq Amzah, Syahir Amzah dan Syada Amzah.

Salah satu foto yang dikongsikan memperlihatkan anak-anaknya mengenakan baju sedondon berona biru dipercayai ketika sambutan hari raya.

Selain itu, turut dilihat foto empat adik-beradik itu bergambar bersama di sebuah kereta jenama KIA.

Sementara itu, pada salah satu hantaran tersebut, bekas isteri kepada penyanyi vateran, Datuk ND Lala itu turut menggunakan lagu berjudul Sampai Menutup Mata nyanyian penyanyi asal Indonesia, Acha Septriasa sebagai muzik latar.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun hantaran yang dikongsikan Fauziah seakan memberi bayangan dia amat merindui kesemua anak-anaknya.

Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila telah menghebohkan industri apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.

Antara isu yang bangkit apabila Syahir mendakwa Shila telah menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo yang didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Bagaimanapun Shila menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mengatakan dia mahu mencarikan rumah yang baharu buat keluarganya susulan banglo tersebut terlalu besar untuk didiami selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Selain itu, kisah perceraian antara bapa Shila iaitu Datuk Nd Lala dan ibunya, Fauziah Sarman turut mengejutkan orang ramai.

Difahamkan, ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×