
Pelakon dan usahawan, Fazura meluahkan rasa kagum terhadap penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid selepas menghadiri konsert istimewa ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ yang berlangsung baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Faham Agama & Bertanggungjawab’ – Fazura Serah Soal Jodoh Pada Tuhan
Artikel Berkaitan: Sheila Majid Terharu Mengenang 40 Tahun Perjalanan Seni, 9,000 Penonton Banjiri Axiata Arena
Belum move on

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengakui masih belum mampu ‘move on’ daripada konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ yang dihadirinya baru-baru ini.
Fazura turut menyifatkan pelantun lagu ‘Sinaran’ itu sebagai seorang bintang sejati yang menjadi lambang keunggulan dalam industri seni tanah air.
Ada lagi tak yang tak boleh move on dari konsert idola saya, Datuk Sheila Majid?
Memang menakjubkan. Sheila Majid benar-benar bintang sejati.
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Berkongsi lebih lanjut, Fazura memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk menghadiri konsert Sheila Majid di Singapura yang bakal berlangsung pada 6 Jun depan.
Saya sudah bersedia untuk konsert di Singapura.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Sumber: Threads @missfazura







