Pelakon dan usahawan, Fazura tidak menolak untuk kembali berumah tangga walaupun pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya.

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Akaun IG Anak Digantung Dua Kali Dalam Seminggu – ‘Semoga Dikembalikan, Buat Kenangan Fatima & Kita Bersama’

Artikel Berkaitan: Fazura ‘Like’ Foto Kahwin Fattah Amin & Amira Othman Di IG Aina Abdul?

Jodoh urusan tuhan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai jodoh.

Menurut ibu kepada Nur Fatima Aisya itu, dia menyerahkan hal jodoh kepada tuhan.

Kahwin atau tidak bukan urusan sesiapa. Itu adalah ketentuan Allah.

Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain.

Dalam pada itu, Fazura tidak menolak jika dijodohkan dengan bakal suami dari negara jiran, Indonesia.

Ujarnya, dia berharap agar bakal jodohnya diredai Allah sekali gus dapat menyayangi dirinya serta Fatima.

Kalau itu yang terbaik, yang diredai Allah, yang faham agama dan bertanggungjawab.

Semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan.

Yang sayang saya dan Fatima.

Yang buat kita bahagia dan tenang.

Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 2017 namun pasangan ini telah disahkan bercerai pada 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: TikTok @affendyjailani