

Pelakon Fazura meraih perhatian netizen dengan hantarannya di Instagram yang berkongsi mengenai erti persahabatan.
Artikel Berkaitan: Fazura Selesai Jalani Tempoh Idah – ‘The End Of It All & The Beginning Of Everything’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bukan Puan Fazura Tapi Cik Fazura’
Erti persahabatan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, kawan seharusnya ada ketika susah atau senang.
Tambah pelantun lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ itu, persahabatan seumpama seperti berpuasa.
Kawan itu bukan sekadar ada ketika kita gembira, boleh beramai-ramai bergelak ketawa dalam keadaan penuh glamour, menyarung busana hebat dan disaat yang boleh mengenyangkan perut mereka.
Tetapi, lilhatlah definisi seorang ‘kawan’ hanya ada pada yang setia bersamamu waktu kau pula yang memerlukan mereka.
Yang tidak gembira melihat kesedihanmu.
Persahabatan juga umpana berpuasa bagiku.
Begitu sabar seharian berjuang kerana kebaikan sambil menahan nafsu, lapar dan dahaga, hanya menghancurkannya dengan kepuasan yang bersifat sementara di tengahari.
Syukur dijauhkan dari orang ‘bermuka’

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu meluahkan rasa syukur kerana dilindungi dari manusia-manusia yang bertopeng.
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan tak ternilai.
Satu persatu yang telah kau kurniakan kepadaku.
Kini tersuluh terang satu-persatu siapa mereka.

Sumber: Instagram @missfazura






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
