Komen balas pelakon dan usahawan, Fazura berkaitan karier lakonannya di platfrom Threads mengundang perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar

Dah bersara

Sebelum ini, pelakon dan pengarah, Nam Ron meluahkan kerinduannya untuk melihat rakan seperjuangannya, Fazura, kembali berlakon di kaca televisyen.

Bagaimanapun, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, memberi komen balas berseloroh menyatakan dia kini sudah bersara dalam industri hiburan.

Komen itu kemudiannya meraih perhatian terutamanya daripada peminat Fazura yang rata-ratanya rindu melihat lakonannya.

Salah seorang peminat yang diberi nama Aina Nabila menolak kenyataan Fazura dengan menyatakan aktres itu perlu membuat kemunculan di televisyen dengan kadar segera.

Tidak boleh bersara

Menurut Aina, sekiranya tiada watak yang sesuai, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu boleh muncul sebagai produser.

Tolong buat kemunculan semula di kaca televisyen secepat yang mungkin.

Kalau tiada watak atau jalan cerita yang bagus, awak boleh hasilkan sendiri.

Kami sentiasa ada untuk sokong sebab awak adalah Fazura.

Sumber: Threads