
Seorang individu tampil mendedahkan keperibadian mulia yang dimiliki oleh pelakon dan penyanyi, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semasa Saya Lalui Ujian Itu, Mama Turun Berat Badan..Dia Memang Sangat Terkesan’ – Fazura
Dilakukan dengan ikhlas

Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Hafiz Mohamed Nassir menceritakan pengalamannya sepanjang bekerja dengan Fazura yang disifatkan sebagai seorang pemurah.
Ujarnya lagi, Fazura merupakan seorang yang suka bersedekah, namun lebih selesa merahsiakan setiap kebaikan yang dilakukan daripada pengetahuan umum.
Sepanjang pengalaman saya bekerja dengan fazura, ada satu perkara yang ramai orang mungkin tidak tahu tentang dirinya.
Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah suka menceritakan perkara itu kepada umum.
Banyak perkara baik yang dia lakukan dilakukan secara senyap dan penuh keikhlasan.
Beri bantuan makanan setiap jumaat

Dalam hantaran lain, Hafiz turut mendedahkan bahawa Fazura secara konsisten menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan memerlukan, termasuk anak-anak yatim.
Antara yang saya sendiri pernah lihat, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas.
Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan dan tanpa publisiti.
Itulah sifat sebenar Fazura.
Bagi saya secara peribadi, Fazura adalah seorang yang baik hati, lembut dan penuh kasih sayang.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)


