berita

Fazura Terharu Nampak Wanita Pakai Tudung Keluarannya, Peminat Puji Pandai Hargai Pembeli – ‘Hari Demi Hari Dia Beri Inspirasi Kepada Saya’

October 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Peminat fanatik semestinya tidak pernah terlepas untuk mendapatkan koleksi tudung keluaran aktres jelita Fazura. Baru-baru ini juga, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menggayakan tudung tersebut ketika menghadiri sebuah majlis.

Artikel Berkaitan: Fazura Berbesar Hati Tengku Permaisuri Selangor Pakai Tudung Harga RM27, Peminat Mula Cari Nak Buat Koleksi – ‘Terus Nampak Eksklusif & Mahal’

Terdiam nampak pelanggan pakai Tudung Fazura

@fazurafavedah bergenang air mata ? ##fazura ##tudungfazura ##tudungbawal? janji putih – im her

Fazura, 38, kerap kali dilihat membuat Instagram Live bagi mempromosi tudung keluarannya sambil berborak melayan peminat.

Menerusi perkongsian di TikTok @fazurafave, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin terkejut apabila secara tiba-tiba ternampak seorang wanita memakai tudungnya ketika sedang melakukan tutorial.

Terharu dengan sambutan yang diterima, isteri kepada aktor Fattah Amin ini terjerit sekejap namun terdiam selepas itu.

Eh tengok kakak tu pakai Tudung Fazura..

Nampak ikhlas dengan kata-kata dia

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji akan sikap rendah diri pelakon drama Hero Seorang Cinderella yang pandai menghargai walaupun hanya perkara kecil.

Di samping itu, ada juga segelintir warganet yang mengidolakan peribadi ibu pada Nur Fatima Aisya ini.

Sumber: TikTok @fazurafave

SKIP THIS AD ×