Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya menyangkal kenyataan seorang individu yang menyifatkan situasi terkandas di Tanah Suci, Mekah sebagai satu kenikmatan buat golongan yang terkesan.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Jumpa Lelaki Pandai Bercinta, Tapi Tak Pernah Solat Itu Bukan Calon Suami…’ – Pesan Fedtri Yahya Kepada Wanita

Artikel Berkaitan: ‘Imam Juga Manusia Bekerja’ – Fedtri Yahya Ulas Isu Gaji Imam Terawih Sebanyak RM1,000

Nikmat dari Allah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu meluahkan pendapatnya mengenai isu segelintir rakyat Malaysia yang terkandas di tanah suci.

Saya rasa nikmat terkandas di Mekah dan Madinah itu ibarat hadiah.

Bulan Ramadan pula, siapa saja tak mahu?

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang menyenaraikan kos yang perlu ditanggung oleh jemaah.

Menurut Fedtri, keadaan agak menguji bagi individu yang tidak berkemampuan bagi menampung kos tempat berteduh yang boleh mencecah sehingga RM12,000.

Bulan Ramadan, hotel tak kira mengikut bilik. Tapi mengikut katil.

Kalau hari biasa RM1,000. Boleh naik sampai RM10,000 ke RM12,000 semalam.

Bergantung jenis dan lokasi. Kalau seseorang dan berduit, tiada masalah.

Kalau bawa tanggungan dengan keperluan khas memang dugaan.

Imbas kembali, ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran tidak mengizinkan beberapa pesawat untuk meneruskan penerbangan.

Justeru itu, kebanyakan pesawat dinasihatkan tidak meneruskan penerbangan disebabkan peningkatan risiko ruang udara.

Sumber: Threads @fedtriyahya