berita

FelleraSKIN Taja Umrah 112 Jemaah Tanpa Menggunakan Hasil Keuntungan! Wahhh Bagusnya!

February 16th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

FelleraSKIN yang diasaskan oleh Syarifah Khyra Mukhsin ni merupakan produk bumiputera yang mengeluarkan Jelly dan Jus Ajaib Viral,  Pilihan Selebriti No.1 Malaysia!

Jelly ni merupakan campuran delima, epal, ubi bit, acai beri dan manjakani mampu untuk memberikan tenaga serta mencantikkan kulit sekaligus membuatkan kulit korang lebih glowing dan fresh!

Dengar cerita pantang ada stock mesti kena serbu? Memang terbaik lah!

Baru-baru ni dengar cerita FelleraSkin ada berita baik untuk semua rakan niaga mereka, apa tu?

FelleraSKIN siap sediakan tabung umrah lagi!

Tabung umrah tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh rakan niaga tetapi juga untuk family mereka! Hilang segala penat lelah bila dapat reward macam ni kan?

Menggunakan tabung tersebut, FelleraSKIN telah membawa 112 jemaah yang terdiri dari ejen Umrah, ahli keluarga ejen Umrah, Staff, ahli keluarg Puan Syarifah Khyra serta 6 orang asnaf!

Paling best, pihak FelleraSKIN tidak menggunakan sebarang hasil keuntungan untuk tabung ini! Tabung tersebut diberikan secara percuma dan setiap bulan akan ada amaun yang dimasukkan ke dalam tabung dana rakan niaga FelleraSKIN.

Bukan sahaja sediakan tabung tapi tiket flight, kursus umrah serta kos pengangkutan dari KL ke Terengganu juga ditaja oleh FelleraSKIN

Bagi memudahkan para jemaah, FelleraSKIN menganjurkan kursus Umrah secara fizikal di Kuala Terengganu sebanyak dua kali. Setiap jemaah menerima set luggage, sling bag dan juga beberapa barangan keperluan lain yang diberikan oleh pihak FelleraSKIN.

Bahkan, kos pengangkutan para jemaah untuk pulang ke Terengganu juga ditanggung setibanya mereka dari Jeddah. 

Memang terbaik lah team FelleraSKIN ni, mesti para pekerja yang dibawa tu tak sangka dalam pergi Umrah dan ditaja pulak tu!

Semoga FelleraSKIN terus maju dan sukses!

 

SKIP THIS AD ×