
Pelakon Puteri Aishah, tampil mempertahankan rakan seindustrinya Izara Aishah yang didakwa sombong oleh seorang warganet.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hargai Setiap Momen Bersama – ‘Saya Sayang Mereka Sepenuh Hati’
Keperibadian Izara

Menerusi hantaran di Threads, Puteri Aishah atau nama lengkapnya Puteri Aishah Sulaiman, 32, menafikan dakwaan warganet tersebut dengan menyifatkan Izara sebagai seorang yang tidak sombong, sebaliknya bersikap jujur dan menjadi diri sendiri.
Malah, Puteri Aishah berkata, mereka yang mengenali Izara secara peribadi pasti memahami sikap sebenarnya.
Bagi saya, Izara Aishah tak sombong tapi dia sangat real, dia tak fake.
Siapa kenal dia tau lah dia mcm mana.
Mungkin dia betul-betul tak perasan. Kadang-kadang orang cakap dengan saya pun, saya boleh blur dan tak perasan pun padahal depan muka.
Sebab dalam kepala banyak fikir.
Tambah Puteri Aishah, meskipun mereka tidak terlalu akrab namun, dia percaya bahawa Izara tidak mempunyai sikap seperti itu.
Justeru, Puteri Aishah meminta orang ramai supaya tidak mudah menilai seseorang.
Maaflah, saya bukan nak back up. Tak rapat sangat pun dengan dia tapi saya tahu dia tak sombong.
Malas nak terangkan panjang-panjang sebab orang akan percaya apa dia nak percaya juga.
Kalau kita tak betul-betul kenal orang tu, baik kita tak perlu menilai. Husnuzon dan positif sahaja.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Individu Dipuji, Pilih Bersedekah Selepas Berjaya Turun Berat Badan 28KG – ‘Tak Perlu Kaya …’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/lelak.jpg)