Pelakon, Fendy Bakry dan isterinya Ayu Afnizar baru sahaja selesai mengadakan majlis persandingan mereka di Medan selepas empat tahun mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Kaleng-Kaleng! Fendy Bakry Tak Bagi Duit Raya, Hulur Kad ATM Terus Dekat Isteri
Segak pakai pakaian pengantin Jawa
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Fendy memaklumkan dirinya dan isteri diminta untuk bersanding oleh keluarga mentua sewaktu pertama kali menyambut perayaan Aidilfitri di Indonesia pada tahun ini.
Kita tak ada baju raya, sekali datang beraya di Indonesia diorang suruh bersanding selepas empat tahun.
Korang ‘wish’ selamat pengantin baru tau walaupun dah lama.
Sementara itu, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi bin Nor Bakri menjelaskan bahawa majlis persandingannya itu dilakukan bagi memenuhi impian yang tertangguh sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tambah Fendy, majlis tersebut juga diadakan serentak dengan dua beradik isterinya yang turut melangsungkan perkahwinan.
Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, majlis persandingan kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan.
Berganti tahun demi tahun dan mengambil kira isteri saya pun sudah lama tak pulang ke kampung halamannya, jadi ayah mentua saya bercadang untuk buat majlis persandingan bersama dua beradik lain secara serentak.
Lagipun ramai dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang menetap di Medan tak dapat menghadiri majlis persandingan kami sebelum ini, jadi kami pun ambil peluang ini bersanding semula.
Sekadar info, Fendy dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2020 namun tidak dapat mengadakan majlis persandingan di belah keluarga mentuanya atas faktor pelaksaan PKP.
Sumber: Instagram Fendy Bakry, Harian Metro