berita

Fazley Yaakob Dedah Majlis Persandingan Penuh Air Mata – ‘Kereta Tetamu Ditoreh, Berlaku Kejadian Mistik’

November 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fazley sanding

Baru-baru ini cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Nafi Bergaduh Dengan Imran Ajmain – ‘Saya Jarang Ada Masalah Dengan Orang’

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Perjelas Kolaborasi Bersama Jenama Yang Didakwa Sensitif & Diboikot – ‘Saya Sudah Kaji Sebelum Jadi Duta’

Berlaku perkara-perkara aneh

fazley yaakob

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkongsi beberapa keping foto pada hari persandingannya yang diadakan di Negeri Sembilan.

17 tahun dengan empat orang anak bukan perjalanan yang mudah. Kami melalui pelbagai liku-liku pedih, perit dan seksa dari awal perkahwinan sebelum mampu tiba ke 7 November 2023.

Gambar-gambar ini saya kongsikan dari majlis persandingan kami yang penuh dengan air mata.

Paling mengejutkan apabila pelantun lagu Asmara Ini mendedahkan bahawa dia dan isteri pernah berhadapan dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami.

Bagaimanapun, Fazley bersyukur kerana majlis tetap berjalan walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi.

Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu, syukur pada Allah, semua yang cuba di gagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami.

Sementara itu, Fazley juga sangat menghargai isterinya yang selalu berada di sisi dan sentiasa sabar menjalani kehidupan bersama.

Terima kasih adik sayang kerana menjadi sahabat baik saya, pasangan yang sentiasa memahami saya dan ibu kepada anak-anak kita. Selamat ulang tahun ke-17 dan selamat mendaki di Everest Camp. Saya dan anak-anak menunggu kepulangan awak.

Untuk info, Fazley dan Azren telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Sumber: Instagram Fazley Yaakob

SKIP THIS AD ×