Kumpulan wanita M-Pop Malaysia, Dolla tidak pernah sama sekali menyangka bahawa lagu raya mereka akan ‘hits’ dan diterima ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Seksi-Seksi Macam Ini Tak Berkenan’ – Nenek Tegur Imej Seksi Syasya Dolla
Artikel Berkiatan: Bukan Nak ‘Jolok Sarang Tebuan’, Dolla Teringin Buat Persembahan Di Kelantan
Sebaris dengan lagu popular
Menurut Dolla, sebagai pendatang yang baru dalam industri mereka sangat bersyukur dengan penerimaan luar biasa lagu ini. Raya Raya Raya kini mampu duduk sebaris dengan lagu raya lama yang tak dapat disangkalkan lagi popularitinya.
Ianya satu penghormatan untuk kami yang masih baru di dalam industri. Sebab lagu ini berada sebaris dengan lagu-lagu popular Hari Raya yang lain.
Kata salah seorang anggota Dolla, iaitu Sabronzo, ketika pertama kali mendengar, mereka sudah pun merasakan bahawa lagu ini ada keistimewaannya.
Masa kami mendengar lagu itu pada pertama kali memang ia adalah sebuah lagu yang mudah didengar dan untuk dinyanyikan. Senang juga untuk pendengar menyanyi bersama kerana liriknya yang senang dan ‘catchy’.
Kami rasakan yang baik-baik tentang lagu ini dan tak sangka pada tahun lepas lagu ini meletop dan ramai pula yang sukakannya.
Dolla berkata demikian semasa ditemui OhBulan! pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia.
Dalam pada itu, rentetan kejayaan lagu tersebut bagaimanapun Dolla tidak merancang untuk melancarkan lagu raya baharu.
Lagu raya tahun ini tak ada tapi kami ada versi istimewa lagu Raya Raya Raya dan kami juga terlibat dengan sebuah program raya yang akan ditayangkan di sebuah stesen televisyen.