Pelakon Fify Azmi mendedahkan beberapa tangkap layar (screenshot) yang mengundang perhatian ramai apabila nama pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine turut terpalit dalam isu berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Netizen Kecoh, Kami Okay Saja’ – Niezam Zaidi Akui Masih ‘Partner’ Fify Azmi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niezam Zaidi Letak Gambar Fify Azmi Sebagai ‘Wallpaper’, Netizen Teka Masih Bercinta

Sarah Yasmine punca Fify putus dengan NZ?

Menerusi perkongsian di Threads, Fify atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, menjelaskan perkongsian tersebut dibuat sebagai pengajaran kepada wanita di luar sana agar sentiasa mempercayai naluri sendiri.

Tambah Fify, wanita tidak seharusnya mudah terpedaya dengan imej seseorang yang kelihatan berpegang teguh pada agama namun akhirnya sanggup melakukan pengkhianatan.

Tak pernah terfikir saya perlu berkongsi perkara seperti ini.

Tapi kalau kisah ini mampu membuatkan seorang wanita lebih percaya pada nalurinya sendiri, maka ianya berbaloi untuk dikongsikan.

Kadang-kadang, pengkhianatan bukan datang daripada orang asing. Dan kesetiaan bukan sesuatu yang boleh kita anggap pasti hanya kerana seseorang itu nampak baik, sopan atau kelihatan beragama.

Ada pengkhianatan yang tidak memusnahkan kita.

Sebaliknya, ia membuka mata tentang siapa yang sebenarnya tidak ditakdirkan untuk kekal dalam hidup kita.

Dalam pada itu, Fify mengakui telah meneruskan kehidupan baharu serta menjadikan perkara yang dikongsi tersebut sebagai pengajaran dalam memilih pasangan.

Saya sudah move on. Saya sudah melangkah ke hadapan.

Dan saya belajar bahawa ketenangan jiwa jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah.

Pada hantaran tersebut, ruangan komen dibanjiri reaksi netizen yang meluahkan rasa kecewa susulan dakwaan bahawa pelakon berusia 36 tahun itu dicurangi bekas kekasih.

Selain itu, nama Sarah Yasmine, turut menjadi perhatian apabila dipercayai sebagai orang ketiga dalam hubungan tersebut berdasarkan gambar profil yang terpapar.

Sumber: Threads @fifyazmi