![[VIDEO] Niezam Zaidi Letak Gambar Fify Azmi Sebagai ‘Wallpaper’, Netizen Teka Masih Bercinta](https://asset.ohbulan.com/2025/07/niezam-dan-fify-dua.jpg)
Nama pelakon, Niezam Zaidi dan aktres Fify Azmi kembali menjadi bualan selepas tular sebuah TikTok berkaitan hubungan mereka, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Fify Masih Berkawan, Doakan Yang Terbaik’ – Niezam Zaidi
Artikel Berkaitan: Fify Azmi Putus Cinta Dengan Niezam Zaidi?
Wallpaper gambar Fify

Menerusi perkongsian di TikTok, penyampai radio, Kai dilihat merakam content terjah dan aktor itu merupakan salah seorang tetamunya pada kali ini.
Dalam video berdurasi enam minit itu, Kai meminta secara spontan kepada Niezam untuk berkongsikan paparan skrin telefon miliknya.
Permintaan itu membuatkan Niezam terkejut namun masih memilih untuk menunjukkan paparan skrin. Walaupun hanya beberapa saat, gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan foto milik Fify.
Tindakan Niezam menggunakan gambar Fify sebagai paparan skrin dilihat seakan-akan memberi petunjuk tentang hubungan mereka yang didakwa kemungkinan masih bersama.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan perkongsian paparan skrin itu serta mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.
Malah, mereka turut mencari gambar asal di profil Instagram aktres itu untuk membuktikan sama ada benar atau tidak itu kepunyaan Fify.
Sumber: TikTok







