Personaliti media sosial, Fila Amir tampil membalas pertanyaan seorang warganet yang mempersoalkan tentang rupa paras anaknya.

Artikel Berkaitan: Suami Fila Amir Beli Rumah Mewah – ‘Sebab Baby Kita Dapat Banyak Rezeki’

Artikel Berkaitan: Lima Tahun Usaha Dengan IVF, Fila Amir & Suami Akhirnya Timang Cahaya Mata Perempuan

Soalan netizen

@filadama_camara

Replying to @Norliah soalannya nyeeeee pun 😅 mcm kita Tuhan plk, manalah kita tau. kan semua tu ciptaan Allah 🥰 tp siapa ckp tksama? letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik ja

♬ Almost forgot that this was the whole point – Take my Hand Instrumental – AntonioVivald

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok,  pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi itu mendedahkan komen daripada seorang warganet yang mendakwa wajah anaknya tidak serupa seperti suaminya, Adama.

Tidak berdiam diri, Fila kemudian mempertahankan anaknya dengan menegaskan bahawa rupa paras yang dimiliki cahaya matanya itu adalah ciptaan yang Maha Esa.

Soalan pun, macam kita tuhan pula. Manalah kita tahu, itukan semua ciptaan Allah.

Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik je.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, ia merupakan perkara normal kerana wajah kanak-kanak akan berubah apabila mereka kian membesar.

Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati pasangan tersebut untuk mengabaikan komen-komen negatif seperti itu.

Sumber: TikTok Fila Adama