Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir tampil menjawab persoalan netizen mengenai sebab masih belum membawa anaknya, Assara Adama Camara pulang ke Afrika melawat keluarga mentuanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila & Adama Beli Rumah Pertama, Tak Suka Isteri Dipandang Rendah – ‘Dia Komited & Ketepikan Diri Sendiri Demi Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir Buat Majlis Tahnik Jemput Imam Dari Gaza, Nama Anak Jadi Perhatian Netizen – ‘Assara Adama Camara’ 

‘Kenapa tak balik?’

Menjengah ke ruangan komen, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi berkata mereka tidak mempunyai perancangan untuk pulang dalam masa terdekat kerana anaknya masih kecil.

Menurut Fila, pelbagai perkara yang perlu dilakukan sekiranya mahu pulang ke sana termasuk keperluan menghantar barang-barang anaknya terlebih dahulu.

Sabar lah, kan Assara masih kena cucuk vaksin. Lagipun nak balik sana bukan boleh balik saja, kena hantar barang-barang dari Malaysia dahulu.

Ada barang Assara yang tiada dekat sana.

Bapa dia juga sedang sediakan tempat lagi selesa untuk anak dia.

Sumber: TikTok