berita

Filem Baru Salman Khan, Radhe: Your Most Wanted Bhai Dapat Sambutan Luar Biasa

June 4th, 2021 | by Amat
Shout Out!

Lakonan hebat pelakon legend Hindustan iaitu Salman Khan dalam filem Radhe: Your Most Wanted Bhai pasti membuatkan peminat Bollywood tidak senang duduk! Siapa tak kenal Salman Khan? Hero lagenda Bollywood yang masih menghiasi filem hindustan walaupun telah berumur 55 tahun!

Terbaru, Salman Khan tampil dengan ‘buah tangan’ baru menerusi filem Radhe: Your Most Wanted Bhai yang telah mula ditayangkan di India dan seluruh dunia sejak 13 Mei 2021. Difahamkan filem ini mendapat kutipan memberangsangkan di beberapa buah negara sejak ditayangkan. Ekoran pandemik yang sedang melanda dunia, filem ini ditayangkan menerusi dua cara berbeza, di pawagam dan juga secara atas talian. Memang padu!

Selesaikan kes jenayah

Filem terbitan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios ini mengisahkan mengenai Radhe, seorang pegawai polis lakonan hebat Salman Khan yang cuba untuk menyelesaikan masalah kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai. Kehebatan Radhe menyelesaikan masalah tersebut dengan cara tersendiri menyebabkan ramai penjenayah berasa gerun dengannya.

Sudah tentu filem ini mengetengahkan genre aksi pantas yang bakal membuatkan penonton terhibur disamping membariskan barisan pelakon popular antaranya Salman Khan, Disha Patani, Jackie Shroff dan Randeep Hooda.

Ditayangkan ke 40 negara

Filem ini telah ditayangkan kira-kira ke 40 buah negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Singapura dan beberapa negara timur tengah.

Menurut laporan Box Office India, filem Radhe telah memperolehi sekitar USD 1.875 juta bersamaan Rs 13.7 juta (RM 772,123.41) apabila filem ini ditayangkan di Dubai dan seluruh UAE pada 13 Mei bersempena cuti umum, Hari Raya Aidilfitri.

Lebih menarik lagi, filem Radhe: Your Most Wanted Bhai telah menjadi filem Bollywood pertama yang telah ditayang di sinema UK sejak penutupan tahun lalu akibat pandemik. Lebih mengejutkan lagi apabila tayangan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mendapat kutipan sebanyak Rupee 2.21 juta (RM 124,554) di Australia pada hujung minggu berbanding tayangan enam hari di Amerika Syarikat hanya sebanyak Rupee 1.6 juta (RM 90,175.00) sahaja.

Buat anda yang ingin menonton filem lakonan hebat Salman Khan iaitu Radhe: Your Most Wanted Bhai boleh saksikan di tonton CINEMA pada 3 Jun 2021 dengan langganan serendah RM15 sahaja!

Trailer filem

SKIP THIS AD ×