berita

Filem magiK Dekati Golongan Pekak

November 30th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Sebagai usaha untuk menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem magiK.

Artikel Berkaitan: Anak Amanda Misbun Pegang Watak Utama, Gementar Bawa Watak Kanak-Kanak Pekak Dalam Filem Magik

Jadi medium untuk penonton

Menurut Tanaka berkata, filem kedua arahannya, magiK bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

Idea menghasilkan magiK apabila idea kami disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.

Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Tampilkan kelainan

Mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.

Versi yang ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi ‘closed caption’ yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

Filem magiK memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.

Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak dengan menjemput komuniti pekak.

Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak.

Tanaka pula berkata, Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa itu.

magiK adalah filem kedua arahan Tanaka selepas Nota ditayangkan di pawagam pada 2015.

Katanya, dia juga berpeluang melihat konsep tayangan wayang pacak pada 2017, apabila KOMFIT telah menjayakan Nota di mana Encik Hassan Abdul Mutalib sebagai moderator ketika itu.

Pengalaman itulah yang mendorong kami mengadakan tayangan khas di Road Trip dengan konsep wayang pacak. Kami amat teruja berinteraksi secara langsung dengan penonton yang hadir pada tayangan khas berkenaan.

Tujuh lokasi wayang pacak

Sementara itu, tayangan khas filem magiK telah berlangsung dengan jayanya membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh tanah air pada September dan Oktober lalu.

Tayangan khas itu diadakan di Warung Adri, Kuantan pada 16 September lalu disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan SPace08000, Sungai Petani (29 September). Malangnya Tayangan khas di Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu tidak kesampaian kerana itulah satu-satunya lokasi di mana konsep wayang pacak berlaku tepi pantai ‘outdoors’ sebab gangguan hujan.

Selain itu, lokasi tayangan khas filem di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober), PORT, Ipoh, Perak (14 dan 15 Oktober) yang turut menjemput penonton dari komuniti bermasalah pendengaran. Tayangan khas magiK di YMCA KL adalah sebahagian dari sambutan ‘International Deaf Day’

Jadual tayangan khas magiK berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.

Filem magiK sudah boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia mulai hari ini (30 November).

SKIP THIS AD ×