berita

Filem ‘Radhe: Your Most Wanted Bhai’ Mampu Buat Penonton Duduk Selama 2 Jam 15 Minit Di Tonton Cinema Tanpa Berganjak!

June 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ditayangkan di 40 buah negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Singapura dan beberapa negara timur tengah yang lain, filem Radhe: Your Most Wanted Bhai ini merupakan filem yang hebat dan wajib  korang tonton!

Mengetengahkan genre aksi pantas, filem Radhe ini diterajui oleh Salman Khan sebagai hero utama dan dibantu oleh barisan pelakon popular yang lain seperti Disha Patani, Jackie Shroff dan Randeep Hooda.

Kes sindiket dadah

Buat pengetahuan korang yang belum menonton filem ini lagi, filem terbitan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios ini mengisahkan mengenai Radhe, seorang pegawai polis yang cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kes jenayah membabitkan sindiket dadah.

Di Mumbai, sindiket dadah ini telah merosakkan ramai golongan remaja. Namun begitu, kehadiran dan kehebatan Radhe dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cara tersendiri menyebabkan ramai penjenayah berasa gerun dengan kehadirannya. Memang sempoi!

Buat anda duduk dalam jangka masa 2 jam

Bercerita mengenai gandingan setiap watak dalam filem ini, Salman Khan dan Randeep Hooda berjaya menghidupkan watak ‘musuh’ yang hebat. Adegan muka dan pertarungan di antara mereka jelas menonjol dan sangat sesuai ditonton oleh semua orang. Boleh dikatakan tiada ruang untuk pelakon lain menangani lakonan kedua-dua watak ini. Selain watak hero, filem ini turut menampilkan Diya (Disha Patani) sebagai heroin. Diya merupakan seorang model yang muncul dalam pelbagai iklan dan dilihat menjalin hubungan cinta dengan Radhe. Lagu-lagu dan tarian yang menarik di antara mereka berdua turut menghiasi filem ini.

Jalan cerita yang menarik dan sesuai dengan isu semasa.

Sinematografi dan pemilihan pelakon yang sangat hebat.

Filem ini sepatutnya dimainkan di pawagam kerana penonton akan berasa puas sebaik sahaja melihat filem aksi ini di skrin yang lebih besar.

Radhe memiliki banyak kekurangan dari sisi pembuatan filem, tetapi watak Salman Khan telah menghidupkan filem tersebut. Walau bagaimanapun, peminat Salman Khan teruja dengan ‘buah tangan’ ini.

Secara teknikal, kesemua krew filem tersebut telah memainkan peranan yang baik. Kredit juga harus diberikan kepada mereka yang mengendalikan kesemua kamera dan audio. Filem yang berdurasi 2 jam 15 minit ini juga dijangka membuat penonton tidak akan berganjak daripada kerusi mereka! Oleh itu, jom tonton filem Radhe: Your Most Wanted Bhai di tonton CINEMA hari ini dengan langganan serendah RM15 sahaja!

SKIP THIS AD ×