berita

Filem ‘Seindah Kasih The Movie’ Lakonan Syafiq Kyle & Mimi Lana Raih Kemenangan Di Asian Academy Creative Award 2023!

September 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pada bulan April yang lalu, Media Prima Berhad telah memperkenalkan tema Seindah Kasih bagi menyemarakan sambutan bulan Ramadan dan juga Aidilfitri.

Kempen Seindah Kasih ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Syafiq Kyle, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan dan Syasya Abedul sebagai wajah untuk kempen ini. Bukan itu sahaja, mereka turut membintangi filem Tonton original terbaharu, Seindah Kasih The Movie.

Artikel Berkaitan: Seindah Kasih The Movie Bakal Menemui Anda 12 April Ini!

Baru-baru ini, filem bergenre komedi romantik itu telah meraih kemenangan di Asian Academy Creative Award 2023 bagi kategori Best Single Drama, Telemovie Or Anthology Episode. Tahniah!

Seindah Kasih

Berita gembira tersebut telah dikongsikan menerusi hantaran terkini di Instagram rasmi Tonton dan Drama Sangat.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pekerjaan enam orang watak sebagai kakitangan Media Prima di dalam tiga kisah penceritaan yang berbeza. Kesemua karakter yang ditonjolkan kepada penonton adalah untuk memaparkan bagaimana para pekerja di sektor media menjalankan setiap tugasan mereka bagi menyajikan infomasi dan hiburan.

Jalan penceritaan yang berbeza bagi kempen tahun ini bakal memaparkan tentang krisis perhubungan keenam-enam watak tersebut dalam kesibukan bekerja semasa bulan Ramadan.

Kisah di unit TV, Sharifah lakonan Siti Saleha yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit tetapi terlalu bergantung kepada pembantunya, Nina lakonan Shasha Abedul. Manakala di konti radio pula, Jamal lakonan Anas Ridzuan yang merupakan seorang DJ radio dan telah menempa nama sebagai duo bersama rakannya, Khairul lakonan Luqman Hafidz, namun telah berlaku pergaduhan antara mereka ketika bersiaran ke udara.

Lain pula kisah antara Nazmi lakonan Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia lakonan Mimi Lana yang bekerja di bahagian digital.

Seindah Kasih The Movie yang dikategorikan Filem Tonton Original ini turut diarahkan pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha.

Sekadar info, bagi yang belum berkesempatan atau ingin ‘repeat’ boleh Tonton semula di Tonton! Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×