berita

Seindah Kasih The Movie Bakal Menemui Anda 12 April Ini!

April 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Media Prima Berhad pada tahun ini telah memperkenalkan tema Seindah Kasih bagi menyemarakan sambutan bulan Ramadan dan juga Aidilfitri.

Oleh itu, pelbagai rancangan menarik telah disediakan menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OhBulan, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Kisah dunia penyiaran

Kempen Seindah Kasih pada tahun ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Syafiq Kyle, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan dan Syasya Abedul sebagai wajah untuk kempen ini.

Mereka juga turut membintangi filem Tonton original terbaharu, Seindah Kasih The Movie.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pekerjaan enam orang watak sebagai kakitangan Media Prima di dalam tiga kisah penceritaan yang berbeza. Kesemua karakter yang ditonjolkan kepada penonton adalah untuk memaparkan bagaimana para pekerja di sektor media menjalankan setiap tugasan mereka bagi menyajikan infomasi dan hiburan.

Jalan penceritaan yang berbeza bagi kempen tahun ini bakal memaparkan tentang krisis perhubungan keenam-enam watak tersebut dalam kesibukan bekerja semasa bulan Ramadan.

Kisah di unit TV, Sharifah lakonan Siti Saleha yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit tetapi terlalu bergantung kepada pembantunya, Nina lakonan Shasha Abedul. Manakala di konti radio pula, Jamal lakonan Anas Ridzuan yang merupakan seorang DJ radio dan telah menempa nama sebagai duo bersama rakannya, Khairul lakonan Luqman Hafidz, namun telah berlaku pergaduhan antara mereka ketika bersiaran ke udara.

Lain pula kisah antara Nazmi lakonan Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia lakonan Mimi Lana yang bekerja di bahagian digital.

Anda nak tahu kisah selanjutnya? Mampukah setiap watak menyelesaikan setiap kemelut hubungan mereka? Jangan lupa untuk saksikan di Tonton, Seindah Kasih The Movie pada 12 April ini!

SKIP THIS AD ×