berita

Filem Seram Terbaik Asia Kini Di Tonton CINEMA, Langgan Sekarang Serendah RM1.90!

October 22nd, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dari kebudayaan Barat. Setiap tahun, Halloween disambut pada 31 Oktober.

Bila sebut Halloween, mesti ada filem kesukaan sendiri yang terlintas di fikiran. Dalam pelbagai genre yang ada, yang sering menjadi kegemaran ramai adalah genre seram. Berikut merupakan filem seram terbaik di Asia yang boleh ditonton!

Susuk

Susuk merupakan filem seram yang diarahkan oleh Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Filem ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu susuk untuk menjadi terkenal.

3 AM

Filem seram daripada negara jiran ini tidak pernah mengecewakan. 3 AM merupakan antologi filem seram menampilkan 3 cerita pendek dari 3 pengarah ternama di Thailand. Tajuknya 3 AM kerana kebiasaan hantu-hantu berkeliaran pada pukul 3 pagi.

Long Weekend

Long Weekend menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Thongsook yang hanya mempunyai seorang kawan, Nam.

Pada suatu hari, mereka bercuti dan meninggalkan Thongsook. Ternyata Thongsook telah berubah menjadi sosok yang tidak dijangka. Kawan dia? Mati satu persatu.

Gonjiam: Haunted Asylum

Gonjiam: Haunted Asylum menceritakan mengenai Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang sudah lama ditinggalkan lepas kejadian pada tahun 1979 di mana 42 orang pesakit di hospital itu bunuh diri sementara pengarah hospital pula hilang.

Filem ini juga berkisarkan pasal internet broadcaster rekrut beberapa orang muda untuk masuk ke dalam Hospital Sakit Jiwa Gonjiam bagi merasai sendiri betapa seramnya hospital itu.

Rumah Belanda

Rumah Belanda merupakan filem adaptasi dari kisah benar yang diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Hedy Suryawan.

Kisah bermula apabila seorang penulis bernama Raya yang mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda untuk menulis biografi mengenai Aline.

Suaminya menghantar Raya dan juga dua orang anaknya ke sebuah Rumah Belanda yang pernah diduduki oleh Aline semasa kecil atas permintaan Hilda supaya Raya dapat lebih fokus dengan tugasan yang diberikan.

Namun, Raya dan anak-anaknya mula diganggu oleh makhluk halus. Ternyata rumah tersebut mempunyai kisah silam yang penuh misteri.

House Of The Disappeared

House of the Disappeared berkisah tentang seorang ibu bernama Kang Mi-hee (Yunjin Kim) yang baru saja dibebaskan setelah dipenjara selama 25 tahun karena dituduh membunuh suami dan dua orang anaknya.

Dia kembali ke rumah lamanya, yang merupakan tempat terjadi pembunuhan yang dituduhkan kepadanya. Pendeta Choi datang mengunjungi Kang Mi-hee untuk bertanya tentang kejadian pembunuhan 25 tahun yang lalu. Mi-hee akhirnya mula bercerita, dari cerita tersebut pendeta Choi menangkap ada sesuatu yang ganjil dan tidak masuk akal.

Serendah RM1.90 sahaja

Jangan terlepas melanggan tonton CINEMA hanya serendah RM 1.90 yang boleh ditonton selama 48 jam! Langgan sekarang di www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.

SKIP THIS AD ×