Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali menyorot perhatian ramai apabila berkongsi satu video pendek bersama isterinya, Siti Zulaikha menerusi Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Isteri Titip Ucapan Istimewa Untuk Fizi Ali Sempena ‘Birthday’ – ‘ Awak Penyayang & Setia, Lelaki Yang Saya Pernah Impikan’

Makan kongsi pinggan bersama

Menerusi perkongsian yang dibuat, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin dilihat begitu mesra makan sambil berkongsi pinggan dengan Zulaikha.

Ujarnya, perbuatan itu dianggap mampu mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Bila anak-anak berehat di bilik masing-masing, ini lah waktunya untuk kami kongsi momen bersama-sama.

Makan berkongsi macam ini mula-mula sebab nak jimat pinggan tapi sekarang jadi kebiaasaan pula.

Seronok makan berebut siapa dapat dulu, siapa mengalah dulu tapi itulah yang merapatkan lagi hubungan.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya seronok melihat momen dikongsikan Fizi dan isterinya.

Mereka juga mendoakan agar hubungan mereka berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Sekadar info, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Sumber: IG Fizi Ali