
Penyampai radio, Fizi Ali menyedari betapa berat dan mencabarnya tugas seorang suri rumah selepas melihat sendiri isterinya, Siti Zulaikha yang tertidur kepenatan selepas seharian menguruskan hal rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Isteri Titip Ucapan Istimewa Untuk Fizi Ali Sempena ‘Birthday’ – ‘ Awak Penyayang & Setia, Lelaki Yang Saya Pernah Impikan’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Kongi Momen Makan Kongsi Pinggan Dengan Isteri – ‘Itulah Yang Rapatkan Lagi Hubungan’
Tanggungjawab suri rumah
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi atau nama lengkap Mohd Hafizudin Ali, 34, berpendapat selama ini ramai yang tersilap faham tentang peranan suri rumah yang sering dianggap sebagai tugas ‘mudah’.
Kadang-kadang kita tak faham tugas seorang suri rumah ini, duduk rumah saja kot tak kan penat. Padahal dia lah orang yang akan pastikan semua dekat rumah tersusun rapi.
Menurut penyampai radio Hot FM itu lagi, suri rumah sebenarnya tidak pernah mempunyai masa rehat yang tetap kerana tanggungjawab mereka berterusan sepanjang masa.
Pastikan anak-anak, suami terjaga, tak pernah cuti, 24 jam kerja. Dia tak beritahu pun yang dia letih atau sakit, sedar-sedar sampai tertidur kepenatan.
Dalam pada itu, Fizi turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang tidak pernah jemu menjaga keluarga mereka dengan penuh dedikasi.
Terima kasih sayang awak jaga keluarga kita, tapi kan tidur pun cantik eh.
Untuk rekod, Fizi Ali mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nurraisya Sofea.
Fizi dan Zulaikha turut mempunyai seorang anak perempuan masing-masing hasil daripada perkahwinan mereka sebelum ini.
Sumber: Instagram