Polemik antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suami, Fizi Ali berhubung isu tidak berkongsi perkembangan anak mereka, Ameena Sofia ketika berada di Makkah terus berpanjangan.

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Nafi Ameena Jatuh Sakit, Minta Ruang Untuk Fokus Kepada Umrah – ‘Dugaan Apa Yang Korang Mengata Saya Sekeluarga?’

‘Rendahnya martabat aku’

Terbaharu, Shakilla, 36, berkata, sewaktu dia menghantar Ameena kepada Fizi, bekas suaminya memaklumkan akan menghubunginya sebaik sahaja tiba di Tanah Suci.

Namun, sepanjang sembilan hari di sana, Shakilla berkata, dia langsung tidak menerima sebarang khabar berita.

Ayat masa hantar anak kepada daddy (Fizi), ‘nanti dah sampai sana (Makkah), kita video call umi (Shakilla) okay.

Si umi bodoh ini pun menunggu tanpa mencari sebab, hormat masa orang tengah beribadat. Tak pasti bila masa yang sesuai untuk tanya nak call tanya khabar, jadi aku tunggu.

Sampai lah ada orang luar yang kongsi berita Ameena katanya kurang sihat. Dalam hati, rendahnya martabat aku sebagai mak kandung. Anak sakit pun tidak tahu.

Aku masih bersangka baik. Nanti dah sembuh, adalah orang bagi anak itu call atau video call mak dia. Tapi tunggu punya tunggu sampai terasa pula hati ini.

Dalam pada itu, Shakilla turut mendakwa Ameena memendam banyak perkara, namun dia memilih untuk terus bersangka baik demi menjaga hati anak kecil itu.

Anak itu ada banyak perkara yang disimpan dan dipendam. Aku sahaja tahu, tapi aku ini bersangka baik.

Macam mana dia punya gembira setiap kali aku offer nak call bapa dia. Malah, dia tak pernah minta call, aku yang beriya suruh sebab aku nak aku kongsi apa dia buat dengan bapanya yang tak pernah ambil tahu tentangnya.

Isu nafkah

Selain itu, Shakilla turut menyentuh isu nafkah yang selama ini dia hanya memejamkan mata kerana memahami keadaan bekas suaminya.

Aku tak pernah berkira, malah aku tak teruskan dengan nafkah sebab aku faham.

Di sebalik semua yang berlaku, aktres itu mengakui berasa sedih dan penat. Namun, sebagai ibu Shakilla tidak boleh mengalah dan akan terus melakukan yang terbaik dalam membesarkan anaknya.

Sedih juga hati ini sebagai seorang mak. Bila ego mengajar anak untuk membelakangi ibu kandung. Tapi tidak apa, tak perlu dipanjangkan. Aku maafkan, yang lain minta maaf pada Allah.

Saya penat, lepas ini teruslah menjadi penjaga yang ambil anak dua kali seminggu seperti mana yang diperintah mahkamah. Tak apa, selagi ada kesihatan dan rezeki, aku berjuang sendiri.

Cukuplah ini untuk sementara, aku jadi ibu bodoh yang sentiasa menjaga ‘kebaikan’ orang lain pada anak aku.

Sumber: Instagram