berita

Fizo Omar Sahkan Bekas Isteri, Anak Positif Covid-19 Sejak 1 Januari

January 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, apabila Mawar Karim, memuat naik sekeping foto yang di laman Instagramnya memberikan gambaran dia telah positif Covid-19. Namun, ketika itu, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihaknya dan hanya meminta orang ramai mendoakan dia bersama anaknya.

Artikel Berkaitan: Doakan Saya & Maryam’ – Bekas Isteri, Anak Fizo Omar Positif Covid-19?

Terbaru, Fizo Omar menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya, mengesahkan bahawa bekas isteri dan anaknya telah disahkan positif Covid-19.

Sah positif

Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, sya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam, dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi status tersebut Fizo Omar mengesahkan bahawa bekas isterinya, Mawar Karim dan puterinya Wan Maryam telah disahkan positif Covid-19 berluma 1 Januari yang lalu. Malahan, mereka berdua kini sedang mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.

Pada masa yang sama Fizo, turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam membendung penularan wabak ini.

Fizo negatif

Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 Jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negative.

Jelasnya lagi, dia sudahpun membuat ujian calit pada 2 Januari yang lalu dan keputusannya adalah negatif.

Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dgn COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yg sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda.

Tidak berakhir di situ, dia amat menghargai doa rakyat Malaysia yang mendoakan supaya anak dan bekas isterinya cepat sembuh daripada virus itu.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×