berita

‘Doakan Saya & Maryam’ – Bekas Isteri, Anak Fizo Omar Positif Covid-19?

January 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Karim, menerusi satu foto yang dimuat naik di laman Instagramnya, memberi gambaran dia dan anaknya Maryam, telah dijangkiti virus Covid-19.

Keep strong

Menerusi kapsyen yang diletakkan, dia dan anaknya perlu kuat melawan virus ini, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya mereka kembali sembuh. Tidak berakhir di situ, dia juga menggunakan tanda pagar Covid 19, Covid, dan Covid Fighters, sebagai semangat untuknya.

Terima kasih yang mendoakan

Malahan, Mawar sempat memuat naik 2 Instastory memaparkan dia dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE). Pada masa yang sama Mawar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang membantunya ketika itu.

Sumber: Mawar Karim

SKIP THIS AD ×