berita

Fizz Fairuz & Achey Jadi ‘Mat Tudung’

July 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ketika ditayangkan di pawagam pada tahun 2014, filem berjudul Mat Tudung yang dibintangi Dato Fizz Fairuz dengan memegang watak Johari atau Johanna telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Tumbang 7 Ekor Lembu Untuk Raya Haji -‘Sebab Saya Nak 7 Anak’

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Nafi Beli Anugerah Perniagaan Terbaik -‘Saya Berniaga, Sambal Sampai Turkiye’

Mat Tudung Begins

Kini, setelah sembilan tahun, Fizz mengambil peluang untuk menghasilkan filem yang kedua iaitu Mat Tudung Begins.

Menariknya, selain menjadi pelakon utama, Fizz juga bertindak selaku penerbit serta pengarah untuk filem berkenaan.

Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menghasilkan filem tersebut sejak lapan tahun lalu.

Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain.

Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya.

Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan sendiri pada Mei 2022.

Namun begitu, dia menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama.

Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2.

Sebaliknya, ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.

Menerusi filem ini, ia menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar.

Mat Tudung Begins telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland.

Kongsi Fizz lagi, filem berkenaan masih mengangkat tema cerita sama iaitu tentang seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.

Selain itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu bakal menyajikan sebuah jalan cerita yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan penonton.

Selain Fizz, Mat Tudung Begins turut dibintangi barisan pelakon tanah air seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud dan Kazar Saisi serta dua influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.

Filem Mat Tudung Begins mula menerjah pawagam seluruh Malaysia pada 3 Ogos 2023.

SKIP THIS AD ×