Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia bakal menumbangkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk ibadah korban bersempana Hari Raya Aidiladha.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik’ – Fizz Fairuz Suka Almy Nampak Berisi
Artikel Berkaitan: ‘Berlakon Ini Kena Beringat, Tak Payah Nak Beriya Sangat’ – Fizz Fairuz
7 lembu 7 anak
Ketika ditemui OhBulan! Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata tujuh ekor lembu itu sebagai simbolik kepada niatnya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.
Malah dia akui, sambutan hari raya korban pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.
Untuk Hari Raya Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana emak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini. Alhamdulillah tahun ini paling meriah.
Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh orang anak, jadi kita sembelih lembu dulu. Emak saya mempunyai sembilan orang anak tapi saya mahukan tujuh orang. Insya-Allah.
Fizz berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filen Sue-On yang diadakan di Starling Mall, pada Selasa.
Berkongsi mengenai erti perngorbanan dalam hidup, pelakon filem Munafik itu berkata isteri tercinta, Datin Almy Nadia merupakan individu yang paling banyak berkorban untuk dia dan rumah tangganya.
Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak, yang saya maksudkan itu adalah pengorbanan Almy pada anak-anaknya. Dia sanggup melakukan apa saja demi menuntut tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan.
Untuk info, Fizz dan Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.