Foto: Harian Metro

Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh pelakon Datuk Fizz Fairuz di media sosialnya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’

Artikel Berkaitan: [VDEO] Fizz Fairuz Akui Disiplin Pendatang Baru Berbeza Dengan Pelakon Lama – ‘Ada Pengarah Baling Skrip Kena Muka’

Batu api?

Menerusi perkongsian di TikTok, Fizz memuat naik video sedang memandu di jalan raya dan menggunakan audio latar berkenaan sikap seseorang yang suka menjadi batu api.

Seronok jadi batu api? Apa yang kau dapat mengapi-apikan orang?

Bangga bila dapat melagakan orang? Dapat kepuasan bila orang yang kau tak suka bergaduh besar?

Ada orang bergaduh kau menghasut, ada orang bertelingkah kau sibuk nak tahu, ada orang bertengkar, kau melagakan dua pihak. Ada orang berselisih faham kau sibuk nak jaga tepi kain orang.

Bahaya kalau ada kawan sejenis batu api ini. Mereka adalah orang yang paling gembira sekiranya berlaku pertengkaran, mereka gembira kata-kata mereka diterima pakai walaupun ia fitnah. Mereka juga bangga dengan kebolehan mereka menghasut orang.

Semoga kita dijauhi daripada bertemu orang-orang sebegini.

Bagaimanapun, pemilik nama Fairuz Zainal Abidin, 45, itu tidak menyatakan kepada siapa hantaran tersebut ditujukan dan hanya menulis kapsyen ringkas.

Seronok?

Itulah nama manusia.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada pelakon filem Munafik itu agar bersabar dan terus berdoa kepada Allah SWT.

Tak pernah Datuk posting macam ini, mesti sudah lama pendam kan?

Siapakah orang itu, jahat sungguh. Sabar Datuk, rezeki Allah tu luas.

Kifarah itu ada, jangan risau. Lambat atau cepat sahaja.

Allah angkat doa-doa orang teraniaya, jangan putus harapan padaNya Datuk.

Batu api memang jenis tak boleh tengok kita lebih, kita diam pun kena juga.

Terdahulu, Fizz memaklumkan telah mengundurkan diri daripada Suria FM sebagai penyampai radio selepas setahun enam bulan.

Difahamkan keputusan itu diambil kerana Fizz mahu memberi tumpuan kepada anak-anak dan membantu isteri, Datin Almy Nadia untuk menguruskan keluarga.

Untuk info, Fizz sebelum ini mengendalikan segmen Morning Morning bersama Ajak Shiro dan Khai Hassan.

Sumber: TikTok