Pelakon dan penyampai radio Datuk Fizz Fairuz akui sikap pendatang baru jauh berbeza dengan anak seni yang berpengalaman dalam dunia hiburan.

Artikel Berkaitan: Teka Teki Netizen Terjawab! Fizz Fairuz Dedah Jantina Anak Kelima – ‘Kami Dikurniakan Anak Perempuan’

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Mahu Hantar Anak Masuk Pusat Tahfiz, Ingin Lihat Jadi Penghafal Al-Quran

Adab pendatang baru

@radiotelevisyenmalaysia Kerja bagus tapi disiplin tak ada, tak tahan lama dik dalam industri. Setuju? Banyak lagi topik dalam #HTV yang bersiaran setiap Ahad jam 11 pagi. Dah terlepas tu tengok je kat #RTMKLIK ? original sound – RTM Malaysia Official

Menerusi sebuah sesi temu bual, Fizz berkongsi pengalamannya berdepan pengarah yang berang dengan pelakon ketika di set penggambaran.

Pada saya, kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang daripada segi disiplin dan cara bekerja jauh beza.

Dulu nak sampai lambat, kita sangat takut.

Saya ada pengalaman nampak pengarah baling skrip dan terkena muka pelakon.

Pendapatan tinggi

Artis sekarang ini kalau mereka lambat, buat macam tak kisah.

Perkara ini berlaku pada saya baru-baru ini. Saya tunggu dia lebih kurang tiga jam lebih, lepas itu dia datang dengan muka tak bersalah.

Zaman kita dulu peluang kerja tak banyak. Jadi, bila dapat kerja kita jaga betul-betul.

Tapi sekarang, terlampau banyak sumber pendapatan. Kalau tiada kerja dengan produksi, mereka boleh buat jana pendapatan daripada live media sosial.

Sekali review dah RM2,000 ke RM3,000. Sebab itu mereka tiada hormat.

Dalam pada itu, Fauzi dan Fizz menyatakan bahawa adab merupakan prinsip yang perlu ada dalam diri untuk kekal relevan dalam dunia seni.

Sumber: TikTok @RTMMalaysiaOfficial