berita

Fobia Terhadap Makanan, Kanak-Kanak Ini Hanya Makan Roti & Yogurt Setiap Hari Selama 10 Tahun

August 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Metro UK

Gara-gara fobia terhadap makanan, seorang remaja lelaki yang dikenali dengan nama Ashton Fisher hanya mahu memakan roti dan yogurt sahaja pada setiap hari selama 10 tahun. Difahamkan, ibu bapa Ashton sudah cuba bermacam-macam cara untuk mengubah selera makan anaknya, namun tidak pernah berjaya.

Tiap hari makan roti dan yogurt

Foto: Metro UK

Memetik laporan Metro UK, Ashton yang kini berusia 12 tahun telah disahkan menghidap Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID) oleh pakar psikologi. Lebih mengejutkan apabila mengetahui Ashton seringkali mengalami serangan panik yang sangat teruk setiap kali ibu bapanya cuba mengubah ‘menu’ makanannya. Namun, Cara dan James bersyukur kerana Ashton menyukai roti dan yogurt dimana ianya membantu anak lelakinya itu bertahan.

Dia hanya mahu yoghurt perisa strawberi dan pisang serta roti putih jenama Warburtons. Kami sangat bimbang kerana dia tidak mendapat nutrien yang diperlukan.

Bercerita dengan lebih lanjut, Cara dan James mengakui tidak pernah mengadakan makan malam sempena perayaan Krismas kerana anak mereka tidak boleh menghidu bau makanan lain. Tetapi keadaan Ashton kini kelihatan lebih baik kerana dia sudah mula mencuba beberapa makanan baru seperti makanan berasaskan panggang, kerepek dan sandwich. Menurut Cara, kemungkinan fobia yang dihidapi anak lelakinya itu disebabkan refluks yang dialami semasa bayi.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×